aku selalu terfikir apa salah aku? kurangkah usaha aku? aku kurang beramal? entah la, aku mengaku sebgai manusia yg lemah aku mempunyai byk kelemahan.. tetapi jika nak d bandingkan dgn org yg kurang usaha, kurang beramal, aku rasa aku lebeih layak untuk dpat apa yg aku hajati... pelbagai usaha, pelbagai ikhtiar yg sudah aku lakukan tetapi hajat aku masih belom tercapai.. Ya Allah, apakah salah doa ku?? tunjukkanlah apa salah ku.. beri kan aku kesedaran... bersihkanlah hati ku, sucikanlah jiwa ku supaya doa2 aku di makbulkn oleh mu Ya Allah.... aku mengharapkan nikmat dari Mu....
Tetapi setelah di fikirkan sebenarnya kita terlupa bahawa Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Setiap kali kita mohon, merintih dan meminta kepada Allah, kita menangis mohon pertolongan dari Allah sebenarnya Allah sangat suka mendengar suara rintihan dan air mata kita.
Apa jadi jika setiap kali kita mohon dan doa kita terus dimakbulkan menjadikan kita berjaya…? Waktu itu kita sudah tidak bersungguh-sungguh dan sudah lupa untuk merintih kepada Allah.
Bagaimana dengan orang yang kufur mohon doa dan kita lihat mereka berjaya, hidup senang walaupun banyak buat kesalahan..? Mereka juga mohon doa dan pertolongan Tuhan.
Sebenarnya mereka ini jika cepat mendapat apa yang mereka doakan dan jadi senang kerana Allah benci mendengar suara dan rintihan mereka. Allah bagi peluang untuk mereka hidup bersenang lenang di dunia sebelum mereka di seksa selama-lamanya di akhirat.
Sebab itu kita patut bersyukur walaupun kita susah kerana bila kita susah, kita akan lagi mendekatkan diri kepada Allah. Sebab itu Rasullullah SAW sentiasa berlapar dan memilih hidup susah kerana baginda ingin lebih dekat dan mengingati Allah. Itu Rasulullah inikan pula kita.
Jika kita mohon doa pada Allah dan doa kita lambat atau tidak dimakbulkan, sebenarnya kita sudah mendapat kejayaan lain. Kejayaan yang kita tak nampak dan tak sedar. Kerana semua ini akan kita perolehi di kehidupan yang akan datang…kehidupan yang kekal abadi.
Buat diri aku dan teman-teman, jika kita dalam kesusahan dan kita mohon pertolongan dari Allah dan doa kita lambat dimakbulkan atau tidak, kita jangan risau dan jangan putus asa kerana Allah Maha Mengetahui dan Allah menyayangi kita.
Usaha untuk berjaya disamping hadapi masalah dengan tenang dan yakin hanya Kuasa Allah sahaja yang dapat membangkitkan kita untuk berjaya. Kejar kejayaan Akhirat, Dunia pasti akan menyusul.
p/s; aku menunggu saat doa ku di makbulkan.. aminnn