Friday, November 26, 2010

aku terima nikahnya...


"aku terima nikah dengan polan binti polan dengan mas kahwennya rm 22.50 tunai" dengan skali lafaz member aku mat naser berjaya menjadikan buah hatinya sebagai teman hidupnya... hahaha, rasanya terharu lak bila tengok member sekolah dulu dh kawen... aku???? aku xpa, aku rasa muda lagi.. hahaha...

majlis pada malam tadi dilakukan secara sederhana tp meriah, dengan usikan tok imam yg cukup sporting.... tok imam 2 xhbs2 dok usik mat naser ni.. hahaha... kalu aku jadi mat naser kompom aku gelabah... sedangkan waktu mat naser nk akad nikah pn aku lak yg takot.. gilo...

cikit cita pasal mat naser.....

dia ni member aku dari sek ren sampai sek men tingkat 3, pas2 aku pindah sekolah... dulu kalu tgk dia ni org akan ckp "ish, belemoih (comot)tol dak ni" hehehe... xnmpk lgsg yg dia ni akan kawen awal.. tp skrg ni dia la yg kawen dl.. huhu... org yg d canang2 nk kawen awal smp lani xkawen2.. huhuhu... lepas hbs blajr dia ni smbg bljr kt upsi then trus dpt mngajar kt pulau kt sabah. (kawsan p2)..

pasal dia dgn bini dia lak, dorg ni dl mengajar kt satu sekolah di sabah... bini dia sempat mengajr sekali sat je kt situ, then dia dpat tukar balik semenanjung.. yang best nya, dorg xbecinta pn.. cuma waktu bini dia nk blk ke semenanjung dl, mmb aku just ckp(msg) yang dia nk masuk minang je, then si bini terus ckp kt family then family setuju.. lepas si bini balik semenanjung dorg jumpa sekali je sebelum kawen, waktu majlis tunang bln 3 lepas.. pas2 jumpa lak semalam waktu nk akad nikah.. haha.. gilo...

tapi apa pn, gua respect sama lu la mat naser... aku doakan hang berbahagia selama lamanya..

Wednesday, November 24, 2010

nilai kasih sayang..


“Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa-apa yang mereka tidak ketahui.” [Yasin 36:36]


Seekor burung cedera parah di atas jalan raya.
Seekor burung lain datang, kemungkinan pasangannya cuba memberi rawatan
Tetapi malangnya, pasangannya terkulai layu.
Si burung begitu cemas, memanggil-manggil nama pasangannya
Sah pasanggannya telah mati
Si burung bersedih meratapi pemergian pasangannya.


Jika burung pun saling menyanyangi pasangannya, kita manusia yang punya hati dan perasaan apatah lagi. Jika ada perasaan kasih sayang, tiada berlaku penderaan pasangan dan sebagainya.


Sunday, November 21, 2010

selamat hari lahir mak


hmmm, mcm mn aku lupa hari ni befday mak aku, naseb bek aku dh pasang alarm kt h/pon.. huhuhu.. apa pn aku ucapkan selamat hari lahir yang ke 59 kt mak aku...

terima kaseh sbb bawak cek mai kt dunia ni...



mak aku

Saturday, November 20, 2010

boroy itu SEXY....




Erkmmm…. Waktu bujang2 dulu badan aku slim.(sekarang dh kawen ke??) Tiap2 petang aku men bola atau ragbi atau apa2 sukan yg agak hard gak la.. ada kalanya siang dan malam aku bersukan.. cute je aku time 2.. haha.. lagi pun time 2 aku agak rajin puasa walaupun aku aktif.. kadang2 siap bukak puasa tepi padang lagi..

Tapi sejak aku sambung belajar kt UTHM ni, perghhh.. badan aku makin naik, perut makin maju ke depan, badan makin mengembang, muka makin bulat.. hehe.. sebab apa??? Ni mungkin sebab aku dh kurang bersukan, smgg 2 kali je kot jog.. jog bukan ada efek sgt tok turunkn badan.. badan aku nek lebey 12kg dari 68kg.. gilo.. sampaikan mak aku pn bising pasal berat badan aku..

Bila badan dah berat, malas tu banyak. Memang banyak la malasnya. Kata Imam Ghazali ukuran orang yang pandai tu pada perutnya. Kalau maju kedepan tu kurang pantas akalnya.Satu lagi pulak.. orang cina kata perut boroi ni ada banyak Ong ( luck) sebab tokeh2 semua biasa perut boroi. Satu lagi, kadang2 org pompuan cakap boroy 2 sexy.. haha.. (tol ke??).

Apa apa pun aku dapat rasakan ketidak selesaan menjadi orang gemuk dan boroi. Betul kata orang, individu gemuk ni sering dipandang lekeh dan macam tidak berkarisma. Apapun… bila dah boroi susah nak kempis. Lebih2 lagi makan banyak, exercise sikit.. haha.



tak mau la jadi macam ni.. haha

apahal lu uncle???


waktu balik kampung baru2 ni, abg ipar aku menunjukkan something yg agak mengejutkan aku iaitu tentang uncleseekers... aku pn baca la blog pakcik hantu 2, apa yg mengejutkan adalah pendedahan pakcik 2 tentang hubungan dia dengan bekas permaisuri kita iaitu permaisuri siti aisyah...

hei pakcik, apa motif hg?? sj nk aibkan permaisuri? nk cari publisiti?? atau apa?? aku rasa mmg betol apa cita hg 2 tp xpyh la cita smp begitu details kt goBLOG hg 2.. cita yg biasa2 dh la.. tlg la paham perasaan org yg telibat... aku xmo la ckp pasal apa yg hg telah bt sebelom ni, yg ntah betol ntah tidak.. tapi yg pasal yg terbaru ni mmg tol melampau..


aku harap pakcik hantu ni dapat memperbetolkan keadaan sebelum terlambat.. kasihan la org2 sekeliling yg telibat...




beringatlah kamu






Friday, November 19, 2010

KUALA TERENGGANU 18 Nov. - Tiga remaja, seorang daripadanya pelajar terbunuh apabila tiga motosikal yang ditunggangi bertembung sesama sendiri dalam kejadian di Kampung Bukit Guntung, Tepoh dekat sini petang semalam.

Akibat pertembungan itu, seorang daripada mangsa cedera parah dengan kepala hampir putus selain putus tangan kiri dalam kejadian kira-kira pukul 6.50 petang di Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) di kampung itu yang masih dalam pembinaan.

Dua daripada mereka terbunuh di tempat kejadian manakala seorang lagi meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital. Semasa kejadian, mereka dikatakan menampilkan aksi meniarap ala superman sebelum insiden itu berlaku.

Tiga mangsa itu ialah Solihhuemi Harun, 16, Md. Abdul Rahman Md. Jusoh, 20, dan Mohd. Firdaus Nawi, juga berusia 20 tahun.

Solihhuemi yang dipercayai masih menuntut di sebuah sekolah menengah berasal dari Kampung Hulu Jeram, Tepoh manakala Md. Abdul Rahman serta Mohd. Firdaus masing-masing dari Kampung Raja, Tepoh dan Kampung Sungai Ikan, Tepoh.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik negeri, Suprintendan Alias Hashim berkata, akibat kemalangan ngeri itu, kepala Solihhuemi hampir terpenggal manakala tangan kirinya putus.

Beliau memberitahu, Md. Abdul Rahman dan Mohd. Firdaus mengalami kecederaan parah di kepala. Mayat tiga sahabat itu kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk bedah siasat.

Jelasnya, kemalangan itu berlaku sewaktu ketiga-tiga mangsa dipercayai terbabit dalam satu perlumbaan haram membabitkan sebuah motosikal jenis Yamaha RXZ, sebuah motosikal Honda Cup C70 dan sebuah motosikal yang telah diubah suai, dipercayai kenderaan curi.

"Ketika kejadian, motosikal Yamaha RXZ dari arah jalan mati manakala dua buah lagi motosikal dari arah depan dan ketiga-tiga kenderaan ini dipercayai memecut dengan kelajuan melebihi 100 kilometer sejam.

"Salah sebuah motosikal terbabit dikatakan bergesel sebelum terbabas lalu berlaku pertembungan sesama sendiri," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Alias berkata, terdapat antara 10 hingga 12 buah motosikal dipercayai terbabit dalam perlumbaan sebelum kejadian itu sambil sekitar lokasi itu turut disertai ratusan motosikal lain.

Beliau seterusnya kesal dengan kejadian itu memandangkan LPT tersebut masih dalam pembinaan dan belum dibuka kepada lalu lintas tetapi telah 'diceroboh' penunggang motosikal untuk dijadikan litar lumba haram.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan ibu bapa agar sentiasa mengawasi pergerakan anak-anak yang menunggang motosikal bagi memastikan mereka tidak terbabit dalam aktiviti lumba haram seumpama itu.

"Kita kesal, ketika umat Islam bergembira menyambut Hari Raya Korban semalam, ada pula yang menangisi kematian ahli keluarga kerana terbabit dalam kejadian seperti ini," ujarnya.


sumber; utusan malaysia 19/11/2010


dari petikan berita utusan yg di petik berkata, 3 org penuggangg motosikal maut dgn seorng kepala hampir putus dan tangan kirinya putus. mereka semua di percayai sedang berlumba haram di kawasan lebuh raya pantai timur (lpt) yg masih belom di buka kepada org ramai.. mereka d katakan menceroboh masuk ke kawasan tersebut untuk berlumba..


apa yang inign d perkatakan di sini ialah kepada siapa kita harus menuding jari???? pihak LPT?? mangsa terbabit?? polis?? atau ibu bapa mangsa??? bagi aku ibu bapa terbabit haruslah memainkan peranan penting dlam menangani masalah2 sebgini.. bukan hanya menuding jari pada sebelah pihak sj tp mereka ini harus lebey bertanggung jawab.. mengapa aku ckp mcm 2?? jom kita kupas satu persatu......


anak2 bawah 21 tahun di bawah tanggungjawaba sapa?? sudah semestinya tanggungjawab ibu bapa sndr.. oleh itu segala gerak geri atau pergerakan mereka haruslah di beri perhatian ibu bapa.. mereka harus tahu ke mana ank2 mereka bergerak, d mana ank2 mereka berada dan apa yg anak2 mereka lakukan???


ke 2, kenderaan yg mereka naiki, sapa pny?? sapa belikan?? duit sapa?? sudah tentu dari ibu bapa juga.. mengapa ibu bapa membiarkan anak2 menunggang motosikal ke hulu ke hilir tanpa mempunyai lesen?? sekalipun ank2 mereka sudah mempunyai lesen, seharusnya mereka seharusnya membataskan penggunaan kenderaan tersebut.. ini tidak, mereka sentiasa membenarkan ank2 mereka bergerak bebas dgn menggunakn kenderaan tersebut, siap bg duit minyak lagi... kadang2 ibu bapa sanggup bagi sokongn moral lagi dgn memberik wang kepada anak2 tanpa bertanykan ke manakah wang itu hendak di belanjakan.. sedangkan wang itu di gunakan untuk mengubah suai motosikal untuk di gunakan dlam perlumbaan haram..


apa yg aku katakan di atas bukanlah untuk menyalahkan ibu bapa sj, tp untuk di beri perhatian kepada ibu bapa supaya lebey bertanggungjwab.. aku juga berpesan pada diriku dan juga pada keluarga aku.. tp kalu dh benda nk jadi, kita terpaksa terima takdir.. kta hanya mampu merancang Dia yang menentukan..

Thursday, November 18, 2010

ada apa dengan parit raja

dh hampir 4 thn aku d parti raja, macam2 perkara suka n duka yg aku lalui,
nak o x aku tetap kena lepak kt sini sampai aku habis pengajian aku...
kebanyakan suma dak2 batch aku 07/08 dh habis pengajian... aku bila???

tp xpa, aku kena tabahkan hati aku, bukan semua orang dapat macam aku sekarang ni..
aku kena bersyukur kepadaNYA... tp aku dh hampir ilang sabar dengan keadaan aku sekarang..
orang lain yg sama umur dgn aku dh sibuk kumpul harta.. aku???

haha, tapi aku masih ada kawan2 aku yg masih memahami aku.. thanz 2 all my housemate azam, aza, zaidi, hamdi, cumi, n azrin... xlupa gak adik aku yg 2 ekoq 2, huhuhu, along n angah.... suma dak2 ni xjemu2 layan kerenah aku yg kadang2 xmasuk akal ni...

aku kena tabah sampai ujung tahun depan, aku kena buktikan pada mak n abah aku yg aku boleh buat.. sebelum ni dorg xpecaya aku boleh blajar smp tahap ni.. ni la yg org panggil rezki..
aku pecaya pada rezki Tuhan nk bg kt kita..

apa yg aku perlu buat sekarang think +ve dan terus mara.. jgn putus asa.. kalu aku piki aku ni xbenasib baik, sebenarnya ada lg ramai yg xbenaseb baik dr aku...

Tuesday, November 16, 2010

salam aidil adha

selamat menyambut hari raya aidil adha..
raya tahun ni xmcm tahun2 lepas, tahun ni family aku xbuat korban.
kalu xmesti buat walaupun setompok... mungkin xrezeki kot tahun ni...
xpala, mudahan tahun depan boleh kot...

hmmm, sebenarnya aku aku xperasan lak pasal kehadiran raya tahun ni, sampai la maghrib tadi. tengah aku drive keta sambil dengar radio kedah fm, tiba2 dj radio pasang takbir raya.. perghhhh, sayu sat perasan aku dalam hujan lebat tuuu..

tahun ni yang balik raya just, family abang aku yang sulung n kak ipar aku.. yang suma raya umah mentua.. cuma kak aku yg no 2 je raya kt terengganu.. yang kesiannya kak ipar aku 2la, suami dia (abg aku) terpaksa raya dlam hutan sebab tengah kursus risikan tentera ( kalu xmo raya tanpa suami di sisi, jgn kawen dgn tentera. hehe).. dh la dia tgh sarat menandung anak yang ke3.. xpala, nk buat macam mana, sabar ye kak dina..

tahun ni macam biasa kau raya kt kampung aku, kampung chemara, jeniang... waktu solat jumaat hari tok imam dh bg warning jgn mai lewat solat hari raya, kul 830.. hahaha.. orang kampung aku ni suka sgt mai lewat solat raya, kdg2 solat boleh lewat kt 15minit (termasukla tok imam) hehehe..

hmm, apa pn kepada semua umat islam seluruh dunia, selamat mengadakan ibadah korban. semoga korban anda di terima Allah...


Monday, November 8, 2010

Hanya Doa Mengiringi Mereka..




Ya Allah, murahkn rezki mangsa2 banjir d kwasan utara tanah air selepas ini...

byk harta bnd n tanaman mereka musnah ketika banjir skrg..

bantulah mereka... aku tidak dpat membantu apa2 selain doa kepadamu

Ya Allah..




















fakta dan auta

1. Tahukah anda?..Apabila kita membuang air kecil, badan kita akan menjadi sejuk kerana telah melepaskan haba melalui bahan kumuh. Jika kita men’gencing’ orang lain, maka haba akan terlepas dari badan orang itu lalu kita akan dilempang olehnya.

2. Percayakah anda?..Wanita mengelipkan mata dua kali lebih kerap daripada lelaki dan jantung wanita juga berdegup lebih laju berbanding jantung lelaki. Tapi percayakah juga anda bahawa, lelaki selalu ada dua mata air dan jantung mereka juga berdegup dengan lebih laju jika diketahui oleh isteri.

3. Terdapat kira-kira 3,000 spesis pokok dalam setiap kawasan seluas 1.6 km persegi di hutan Amazon dimana jika seseorang bernama Amran memasuki kawasan itu, beliau berkemungkinan akan tersesat selama 3,000 jam jika tidak membawa kompas.

4. Uri Geller, ahli psikik terkenal yang dilahirkan pada 20 Disember 1946, mengatakan bahawa kebolehan luar biasa yang dimilikinya itu berasal dari planet Hoova dan kadangkala dia juga memekik sambil mengatakan yang dia adalah seorang Ultraman!.

5. Tahukah anda?..Manusia hanya menggunakan 10% daripada otaknya. Tetapi ini tidak bermakna baki 90% lagi perlu dibuang kerana jika dibuang sudah terbuktilah manusia itu dari jenis yang tidak ada otak!!.

Baca lagi untuk fakta-fakta yang boleh buat anda mereng.

6. Apabila marah, Tasmanian Devil (sejenis haiwan yang hidup di pulau Tasmanian, selatan Australia) akan bertukar warna menjadi kemerah-merahan. Bila Makcik Leha marah, wajahnya juga akan bertukar menjadi kemerah-merahan padahal mereka bukanlah dari spesies yang sama.

7. Gelas kaca pecah dengan kelajuan 4,827 km/j. Pecah Kaca, Pecah Gelas, Sudah Baca Harap Balas pula ialah ayat yang selalu diguna oleh budak-budak sekolah ketika bercinta.

8. Tahukah anda?..Otak kita mengandungi 80% air. Walaubagaimanapun..seseorang yang sudah lama tidak membuat hubungan kelamin bersama isteri akan mengalami satu sindrom yang berkaitan otak iaitu sindrom ‘masuk air’.

9. Tahukah anda?..Belang yg kita lihat pada harimau bukan sekadar pada bulunya tapi pada kulitnya. Belang pada lelaki berhidung belang pula bukan sekadar pada hidungnya, tapi juga pada bulu hidungnya.

10. Tidak ada satu pun perkataan yang bermula dengan huruf ‘W’ dalam bahasa Sepanyol. Sementara itu, hanya terdapat 12 huruf dalam bahasa Hawaii iaitu A,E,H,I,K,L,M,N,O,P,U dan W. Untuk pengetahuan juga, didalam Bahasa Inggeris dan Melayu mesti menggunakan ke semua huruf dari A-Z kecuali yang buta huruf kerana mereka tidak tahu membaca.

11. Hanya ada empat perkataan sahaja dalam bahasa Inggeris yang berakhir dengan bunyi-’dous’ iaitu tremendous, horrendous, stupendous dan hazardous. Ini membuatkan seseorang yang bernama Fidaus berasa bangga sekejap.

12. Tahukah anda?..Di negara Norway, terdapat sebuah tempat di panggil Hell (neraka) manakala kalau kita berbuat jahat selalu, tempat yang kita akan pergi juga bernama Hell.

13. Menurut kajian ahli sains, secara puratanya, kita akan berhenti bercakap setiap tujuh minit. Tetapi menurut seorang ahli sains yang lain yang bisu sejak lahir, secara puratanya, dia tidak boleh langsung bercakap seumur hidupnya.

14. Siapakah Thomas Mapother?? Lelaki itu adalah pelakon tampan, Tom Cruise, sebelum dia menukar namanya. Siapakah pula Latiff Sufian?? Lelaki itu pula ialah cuma seorang tukang kebun di Sekolah Rendah Kampung Kerinchi.

15. Untuk mengekalkan suhu sejuk, burung unta akan mengencingkan kakinya sendiri supaya ia akan berasa sejuk apabila air itu menyejat. Anda juga boleh berbuat demikian jika hendak berbau hancing.

16. Dipetik dari kenyataan sebuah majalah, tembakau membunuh lebih ramai rakyat Amerika (seramai 450,000 orang) setiap tahun berbanding alkohol, kokain, heroin, homisid, bunuh diri, kemalangan kereta, kebakaran dan AIDS. Untuk menyembunyikan rasa takut dikalangan orang-orang kaya pula, majalah tersebut tidak berani untuk mengatakan bahawa tembikar yang di beli dengan harga yang mahal juga mampu membunuh jika dihentak dikepala dengan kadar yang kuat.

17. Tomato dan Timun adalah buah-buahan ya, bukan sayur. Taugeh dan Sawi pula ialah nama samaran pelukis majalah kartun Ujang ya, bukan Utopia.

18. Agensi keselamatan antarabangsa mengatakan jangan takut untuk menaiki kapal terbang kerana ia merupakan alat pengangkutan yang paling selamat. Ia jauh lebih selamat berbanding motosikal, bas, kereta api dan kereta. Akan tetapi agensi itu mungkin terlupa akibat jikalau kapal terbang itu terhempas ke atas jalanraya dan menimpa semua orang yang menaiki kenderaan yang disebut tadi adalah kebarangkaliannya akan hancur lebur.

19. Jangan terkejut, kalau diceraikan satu per satu dan kemudian disusun semula, seluruh batu yang terdapat pada Tembok Besar China, cukup untuk mengelilingi bumi pada garisan khatulistiwa dengan ketinggian 2.5 meter dan jangan terkejut dengan penceraian artis-artis tempatan kerana itu semua publisiti murahan yang dapat menaikan populariti pada carta bintang paling popular.

20. Mengikut fakta, sebelum era Masihi, terdapat satu perkidmatan ‘pos laju’ menggunakan kuda di Parsi. Posmennya akan memakai pengikat kepala dan menghantar surat tersebut merentasi Asia, beratus-ratus km tanpa henti. Mengikut akta pula, seorang Posmen yang menaiki EX5 merah dari Pos Malaysia, jika selalu berhenti-henti minum kopi di kedai mamak boleh diberhentikan kerja serta-merta.

21. Dianggarkan sel kulit yang mati yang hilang sepanjang hayat kita cukup untuk mengisi lapan beg tepung seberat tiga kilogram dan tepung itu kalau di buat roti canai, rasanya amat lazat jika dimakan bersama-sama dengan kari kepala ikan.

22. Ini adalah benar, ngauman seekor singa mampu didengari sejauh 3 km kecuali orang yang pekak walaupun dia hanya berada 3 cm sahaja dari singa tersebut.

23. Permukaan bumi adalah seluas 153,295,000 km persegi manakala orang yang jauh perjalanannya sewaktu berkelana seperti Azroy dari filem Gila-Gila Remaja pula hanya mendapat luas permandangan memandangkan dia hanya mengelilingi Kuala Lumpur sahaja.

24. Tahukah anda?..Seekor lembu kentut sebanyak 200 kali lebih banyak berbanding manusia. Tetapi ini tidaklah ada apa-apa berbanding dengan kentut seorang manusia yang bernama Faizal, tidak berbunyi tapi

Tuesday, November 2, 2010

Melaka Maju: Ali Rustam didakwa tipu rakyat?



Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam diminta membuat penjelasan tentang kenyataan Organisation for Economic Cooperation and Development (OECD) yang menafikan badan tersebut mengiktiraf Melaka sebagai negeri maju.

Sebelum ini, kerajaan negeri Melaka mendakwa OECD sebagai badan bebas telah memberikan pengiktirafan bahawa Melaka telah mencapai status negeri maju pada 20 Oktober lalu. Timbalan Pengerusi Lajnah Penerangan PAS negeri, Yusof Wahab berkata perkara itu adalah serius kerana membabitkan imej kerajaan negeri dan maruah rakyat negeri Melaka.

"Mana mungkin kerajaan negeri mengisytiharkan Melaka negeri maju tanpa black and white dari badan bebas itu, ini dah kira masuk bakul angkat sendiri,” katanya.

Menurut beliau, rakyat negeri Melaka berasa tertipu dengan penafian OECD itu dan kerajaan negeri mesti membuat penjelasan mengenainya.

“Malah pengisytiharannya pula dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak, apakah kerajaan negeri ingin permainkan dan perbodohkan Perdana Menteri," kata Yusof semasa ditemui di Pusat Aduan Rakyat DUN Bukit Baru, di Melaka pagi ini.

Yusof juga mencadangkan isu ini dibawa di dalam sidang DUN yang sedang berlangsung sekarang. "Saya cadangkan satu usul tergempar di bawa ke sidang DUN untuk dibincangkan di kalangan ahli dewan dan satu ketetapan mesti diambil oleh DUN untuk mengembalikan maruah dan integriti kerajaan negeri serta rakyat negeri ini.

"Ini bukan isu kecil dan main-main, ia melibatkan maruah dan imej kerajaan serta rakyat," katanya. OECD hari ini mengesahkan bahawa badan tersebut tidak mengiktiraf Melaka sebagai negeri maju kerana ia tidak mempunyai kuasa atau tidak berautoriti untuk membuat pengisytiharan seumpama itu.

sumber: malaysiakini...

melobi projek