Friday, November 19, 2010

KUALA TERENGGANU 18 Nov. - Tiga remaja, seorang daripadanya pelajar terbunuh apabila tiga motosikal yang ditunggangi bertembung sesama sendiri dalam kejadian di Kampung Bukit Guntung, Tepoh dekat sini petang semalam.

Akibat pertembungan itu, seorang daripada mangsa cedera parah dengan kepala hampir putus selain putus tangan kiri dalam kejadian kira-kira pukul 6.50 petang di Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) di kampung itu yang masih dalam pembinaan.

Dua daripada mereka terbunuh di tempat kejadian manakala seorang lagi meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital. Semasa kejadian, mereka dikatakan menampilkan aksi meniarap ala superman sebelum insiden itu berlaku.

Tiga mangsa itu ialah Solihhuemi Harun, 16, Md. Abdul Rahman Md. Jusoh, 20, dan Mohd. Firdaus Nawi, juga berusia 20 tahun.

Solihhuemi yang dipercayai masih menuntut di sebuah sekolah menengah berasal dari Kampung Hulu Jeram, Tepoh manakala Md. Abdul Rahman serta Mohd. Firdaus masing-masing dari Kampung Raja, Tepoh dan Kampung Sungai Ikan, Tepoh.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik negeri, Suprintendan Alias Hashim berkata, akibat kemalangan ngeri itu, kepala Solihhuemi hampir terpenggal manakala tangan kirinya putus.

Beliau memberitahu, Md. Abdul Rahman dan Mohd. Firdaus mengalami kecederaan parah di kepala. Mayat tiga sahabat itu kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk bedah siasat.

Jelasnya, kemalangan itu berlaku sewaktu ketiga-tiga mangsa dipercayai terbabit dalam satu perlumbaan haram membabitkan sebuah motosikal jenis Yamaha RXZ, sebuah motosikal Honda Cup C70 dan sebuah motosikal yang telah diubah suai, dipercayai kenderaan curi.

"Ketika kejadian, motosikal Yamaha RXZ dari arah jalan mati manakala dua buah lagi motosikal dari arah depan dan ketiga-tiga kenderaan ini dipercayai memecut dengan kelajuan melebihi 100 kilometer sejam.

"Salah sebuah motosikal terbabit dikatakan bergesel sebelum terbabas lalu berlaku pertembungan sesama sendiri," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Alias berkata, terdapat antara 10 hingga 12 buah motosikal dipercayai terbabit dalam perlumbaan sebelum kejadian itu sambil sekitar lokasi itu turut disertai ratusan motosikal lain.

Beliau seterusnya kesal dengan kejadian itu memandangkan LPT tersebut masih dalam pembinaan dan belum dibuka kepada lalu lintas tetapi telah 'diceroboh' penunggang motosikal untuk dijadikan litar lumba haram.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan ibu bapa agar sentiasa mengawasi pergerakan anak-anak yang menunggang motosikal bagi memastikan mereka tidak terbabit dalam aktiviti lumba haram seumpama itu.

"Kita kesal, ketika umat Islam bergembira menyambut Hari Raya Korban semalam, ada pula yang menangisi kematian ahli keluarga kerana terbabit dalam kejadian seperti ini," ujarnya.


sumber; utusan malaysia 19/11/2010


dari petikan berita utusan yg di petik berkata, 3 org penuggangg motosikal maut dgn seorng kepala hampir putus dan tangan kirinya putus. mereka semua di percayai sedang berlumba haram di kawasan lebuh raya pantai timur (lpt) yg masih belom di buka kepada org ramai.. mereka d katakan menceroboh masuk ke kawasan tersebut untuk berlumba..


apa yang inign d perkatakan di sini ialah kepada siapa kita harus menuding jari???? pihak LPT?? mangsa terbabit?? polis?? atau ibu bapa mangsa??? bagi aku ibu bapa terbabit haruslah memainkan peranan penting dlam menangani masalah2 sebgini.. bukan hanya menuding jari pada sebelah pihak sj tp mereka ini harus lebey bertanggung jawab.. mengapa aku ckp mcm 2?? jom kita kupas satu persatu......


anak2 bawah 21 tahun di bawah tanggungjawaba sapa?? sudah semestinya tanggungjawab ibu bapa sndr.. oleh itu segala gerak geri atau pergerakan mereka haruslah di beri perhatian ibu bapa.. mereka harus tahu ke mana ank2 mereka bergerak, d mana ank2 mereka berada dan apa yg anak2 mereka lakukan???


ke 2, kenderaan yg mereka naiki, sapa pny?? sapa belikan?? duit sapa?? sudah tentu dari ibu bapa juga.. mengapa ibu bapa membiarkan anak2 menunggang motosikal ke hulu ke hilir tanpa mempunyai lesen?? sekalipun ank2 mereka sudah mempunyai lesen, seharusnya mereka seharusnya membataskan penggunaan kenderaan tersebut.. ini tidak, mereka sentiasa membenarkan ank2 mereka bergerak bebas dgn menggunakn kenderaan tersebut, siap bg duit minyak lagi... kadang2 ibu bapa sanggup bagi sokongn moral lagi dgn memberik wang kepada anak2 tanpa bertanykan ke manakah wang itu hendak di belanjakan.. sedangkan wang itu di gunakan untuk mengubah suai motosikal untuk di gunakan dlam perlumbaan haram..


apa yg aku katakan di atas bukanlah untuk menyalahkan ibu bapa sj, tp untuk di beri perhatian kepada ibu bapa supaya lebey bertanggungjwab.. aku juga berpesan pada diriku dan juga pada keluarga aku.. tp kalu dh benda nk jadi, kita terpaksa terima takdir.. kta hanya mampu merancang Dia yang menentukan..

No comments:

Post a Comment