Saturday, October 3, 2009

ada apa dengan rm1???

rm1 tidak akan membuatkan seseorang itu kaya dengan cepat atau seseorang itu jatuh miskin mendadak.. jadi jangan lah lokek umtuk menderma atau menyumbang duit anda walaupun rm1 kepada orang yang memerlukan..

Thursday, September 3, 2009

BOIKOT KOLEJ KEDIAMAN PERWIRA...

sejak aku dok asrama ni la 1st time aku dapat undang undang asrama yang agak celaka bagi aku, ada ka patut waktu sahut xboleh keluar makan.. mana hak kami sebagai penghuni untuk makan sahur kt luar?? dah la cafe xbukak..

jawatankuasa kolej kediaman pn boleh diam je, sepatutnya tolonhg la tuntut hak kami.. tu la akibat kalu dapat pebetru pompuan. xrock langsung..

Friday, August 28, 2009

mak dan pasangan

Bila seronok, aku cari....pasanganku
-Bila sedih, aku cari....Mak
-Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
-Bila gagal, aku ceritakan pada....Mak
-Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
-Bila berduka, aku peluk erat....Emakku
-Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
-Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....Mak
-Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
-Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"
-Selalu.. aku ingat pasanganku
-Selalu.. Mak ingat kat aku
-Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
-Entah bila... aku nak talipon Mak
-Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
-Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Mak
-Renungkan:
-"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja...
-bolehkah kau kirim wang untuk Mak?
-Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

Friday, August 14, 2009

konsert johor fm d pesta konvo uthm


comel gak si fara ni...


nana, kak ramlah, fara, acik, zack cool, zahid

di anggarkan waktu konsert ni hampir 1000 orang yang mai tengok... tapi yang bestnya aku kena jadi security untuk artis artis ni... boleh gak la tengok gelagat artis artis ni.. depa ni memang sporting tp tak tau la kot kot wayang je...hehhehe..

ada jugak la peristiwa memalukan bagi dak breep breep tu.. kasut tumit tinggi dia boleh lekat kat celah kayu kat belakang pentas, hampir hampir dia nak jatuh...


Wednesday, August 12, 2009

KAITAN H1NI DENGAN HOMOSEKSUAL DAN ONANI

H1N1 semakin meruncing, ada spekulasi dari blogger yang mengatakan wabak H1N1 ini boleh menghapuskan populasi manusia sehingga 20%!

Tidak boleh dinafikan wabak H1N1 ini adalah satu bala Allah kepada umat manusia kerana berlaku perkara mungkar. Jika AIDS yang sehingga kini menimpa kerana perbuatan mungkar zina,homoseksual dan dadah, wabak selsema babi ini juga mudah berlaku kepada mereka yang membuat kemungkaran.

Petikan dari Metro, kelmarin:

KUALA LUMPUR: Kegiatan homoseksual dan onani perlu dielakkan kerana ia langkah pencegahan yang boleh diambil seseorang bagi mengelakkan jangkitan Influenza A (H1N1), kata seorang pengamal terapi pelengkap, Dr V M Palaniappan.

Katanya, apabila seseorang itu terbabit dalam kegiatan itu, tubuh seseorang lelaki atau wanita akan menghasilkan geseran haba yang mengeluarkan asid menyebabkan peningkatan keasidan dalam tubuh dan boleh menjadi sasaran mudah bagi jangkitan H1N1.

Allah kalau menurunkan bala bukan hanya kepada yang membuat kemungkaran tetapi semua kena tak kira manusia itu beriman atau tidak. Tidak dinafikan kegiatan tidak bermoral seperti homo,lesbian dan onani semakin tenat sekarang ini lebih-lebih lagi setelah di zaman internet sekarang.

So marilah kita sama-sama amal makruf nahi mungkar. Kawal la kegiatan tidak bermoral ni sebelum semakin parah dan menimpa ke atas anak-anak kita.

Friday, July 31, 2009

liana memalukan keluarga..

"Sungguh memalukan!!"
"Maafkan saya bapak, sa..saya..saya menyesal!", Liana terisak-isak di hadapan bapaknya.
"Menyesal ? Dah terlambat! Kau tahu tak? Nama keluarga kita dah tercemar! ... belum pernah keturunan kita kena macam nie? Kau tahu tak!" herdik bapak Liana.

"Sudahlah bang", mak Liana menyampok, "Kita bincangkan sekeluarga."
"Nak bincang aper lagi? ... anak awak nie dah mengaku... ... issshhh... ... ." balas bapanya sambil memalingkan mukanya ke arah pokok di luar.

Liana betul betul menyesal dgn pengakuannya itu... kalau dia tahu bapaknya jadi camnie dia diam je... toksah mengaku lagi baik. Seluruh hidupnya seakan-akan runtuh di depan matanya, masa depan dia gelap? ... dia telah mencemarkan nama baik keluarga dan keturunannya. Dia tahu masyarakatnya tidak akan dapat menerima dia lagi. Dia tahu keluarganya dah kecewa. What a letdown?
Di satu pagi yg hening dia keluar berjalan ke arah satu bangunan pencakar langit yg tinggi. Perlahan-lahan dia menaiki tangga sampai ke atas bumbung bangunan itu. Dia memandang ke bawah... dia lihat kereta dan org ramai bersepah kat bawah macam semut-semut yg baru kena spray dgn Baygon.

Liana dah nekad apa terjadi... . jadilah... .. Dia dah memalukan keluarganya, dia mencemarkan keturunannya, bapanya tidak mahu menerima atas kelemahannya itu.
Liana tebayangkan wajah maknya, air matanya menitis. Emaknya lah tempat dia bermanja, emaknya la yg akan meyelimutkan dikala sejuk, menyuapkan dikala lapar, wajah adik-beradik kembarnya juga terbayang dimata.

Sambil mengesat airmatanya, dia menarik nafas panjang... berjalan kehadapan hingga ke hujung bangunan itu. Setapak demi setapak dia melangkah ke hadapan hingga dirinya terjatuh melayang ke bawah... dia dapat rasakan angin yg begitu deras memukul mukanya... jantungnya berdegup pantas bila dia melihat bumi semakin dekat... .. dgn satu tarikan nafas yg dalam, Liana mengembangkan sayapnya, SWOOOOOSSSSHHHHHHHHH!!!... ... .. dia terbang .

"Yessss! Yessss! Yessssssssssssssss! I've made it!!!!!", dia memekik keriangan.
Finally dia dapat melawan fobianya... dia dah no longer afraid of height... sebagai seekor burung, itulah yg sepatutnya menjadi fitrah semulajadi... selama ini dia takut... .. ye dia takut pada tempat tinggi dan kerana ketakutan inilah membuatnya tidak mahu terbang... dah bertahun dia rahsiakan hal ini dari keluarganya... . Sebab tu bapak dia kecewa bila dia membuat pengakuan itu kerana memang tak pernah seumur hidup seekor burung takut pada ketinggian.

Tapi sekarang dia dah tak takut, dia dah berani... . dia dah boleh terbang...

Sunday, July 26, 2009

Saturday, July 25, 2009

Yasmin Ahmad 1958-2009

PENGARAH filem terkenal Yasmin Ahmad dilaporkan telah meninggal dunia pada jam 11.25 malam ini di Hospital Pakar Damansara.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Media Prima Datuk Seri Ahmad Farid Ridzuan yang berada di Hospital Pakar Damansara ketika dihubungi Bernama.

Yasmin disahkan meninggal dunia akibat pendarahan teruk di otak.

Jenazah pengarah tersohor ini akan dimandikan dan disembahyangkan di Masjid SS16, Subang Jaya sebelum solat Zohor, esok (26 Julai), manakala tempat pengebumian masih belum ditetapkan.

Perkara itu dimaklumkan oleh rakan baik Allahyarhamah, iaitu pelakon Fatimah Abu Bakar yang mewakili keluarga pengarah itu, pada sidang media yang dibuat di hospital tersebut, sebentar tadi.

Semasa menghembuskan nafas terakhirnya, turut bersama Yasmin ialah, suaminya, Tan Yew Leong, adik Yasmin, Datin Orked, adik iparnya, Dr. Zakaria Zahri dan beberapa doktor yang merawat Yasmin.

Turut hadir di sidang media itu ialah Datuk Seri Farid Ridzuan dan adik iparnya, Dr. Zakaria Zahri.

Yasmin, 51, rebah ketika membentangkan kertas kerja di Sri Pentas, ibu pejabat stesen televisyen TV3, pada Khamis dan dikejarkan ke hospital berkenaan.

Beliau dilaporkan mengalami strok dan pendarahan di bahagian otak.

YASMIN Dalam Kenangan

Yasmin Ahmad, yang meninggal dunia Sabtu malam, akan dikenang kerana setiap sentuhan karyanya, baik dalam filem mahupun iklan, begitu sinonim dengan garapan yang penuh dengan elemen kasih sayang, cinta, kekeluargaan dan jenaka yang disampaikan cukup bersahaja berlatarbelakangkan masyarakat majmuk di negara ini.

Pengarah filem dan iklan terkenal itu, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Pakar Damansara di sini kira-kira 11.25 malam selepas menjalani pembedahan pada Khamis lepas setelah diserang strok dan mengalami pendarahan di bahagian otak.

Dilahirkan di Bukit Treh, Muar, Johor pada 1 Julai 1958, Yasmin, yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Psikologi dari Universiti Newcastle, United Kingdom, memenangi pelbagai anugerah di dalam negara dan antarabangsa bagi karya-karya kreatifnya.

Isteri kepada Abdullah Tan Yew Leong itu memulakan kerjaya dalam industri pengiklanan sebagai penulis iklan di Ogilvy & Mather, sebelum menyertai firma Leo Burnett sebagai pengarah kreatif bersama pada tahun 1993 sehinggalah memegang jawatan sebagai pengarah kreatif eksekutif di Leo Burnett kini.

Kehebatan Yasmin dapat dilihat dalam banyak iklan komersial Petronas kerana mampu mencuit dan meruntun hati penonton dengan sentuhan karyanya.

Tidak keterlaluan sekiranya ramai yang akan merindui buah tangan pengarah kreatif itu terutamanya untuk iklan-iklan menjelang sambutan Hari Raya Aidlfitri September ini.

Sering dipuji sebagai pengarah iklan, nama Yasmin bagaimanapun cukup kontroversi di arena pefileman tanah air berdasarkan keterbukaan dan keberaniannya dalam mengupas isu-isu kemasyarakatan.

Malah tidak sah jika filem nukilan Yasmin tidak dikritik kerana sejak filem pertamanya Rabun pada 2003, filem-filem lain arahan Yasmin iaitu Sepet (2004), Gubra (2006), Mukhsin (2006), Muallaf (2008) dan Talentime (2009), turut menerima nasib sama.

Bagaimanapun, di sebalik kritikan, masih ada yang menilai filem-filem Yasmin dari sudut berbeza sehingga beberapa filem beliau termasuk Sepet diangkat untuk memenangi Anugerah Filem Terbaik dan Lakon Layar Asli Terbaik pada Pesta Filem Malaysia 2005.

Filem Sepet juga memenangi anugerah di peringkat antarabangsa iaitu Anugerah Filem Asia di Pesta Filem Antarabangsa Tokyo pada 2005 dan meraih Anugerah Grand Prix di Pesta Filem Wanita Antarabangsa Creteil pada 2005.

Filem Gubra pula memenangi Anugerah Filem Terbaik dan Lakonlayar Terbaik di Pesta Filem Malaysia 2006.

Filem Muhsin mencatat kejayaan dengan mengungguli Generasi kplus - Filem Cereka Terbaik dan Deutsches Kinderhilfswerk Grand Prix di Pesta Filem Antarabangsa Berlin selain diangkat sebagai Filem Asean Terbaik di Pesta Filem Antarabangsa Cinemanila 2007.

Filem Muallaf pula memenangi Anugerah Filem Asia - Sebutan Khas di Pesta Filem Antarabangsa Tokyo 2008.

Selain memenangi anugerah antarabangsa, filem arahan Yasmin banyak menerima pujian dan kritikan daripada masyarakat serta mendapat liputan media tempatan dan luar negara yang meluas.

Filem-filem Yasmin juga mendapat pengiktirafan dari negara luar apabila ditayangkan di Berlin, San Francisco, Singapura dan di Festival Filem Cannes yang memberi peluang kepada Yasmin untuk terus menghasilkan filem yang dikatakan mempunyai identiti tersendiri. / Dari berbagai sumber.


Keluarga Yasmin ketika di perkarangan hospital. Terlindung ibunya Mak Inon. Al Fatihah


Yasmin dalam keadaan koma di bawa ke hospital kelmarin

Thursday, July 23, 2009

otak laki otak perempuan


banyak tol dorg pikir....


tol ke benda ni ada dalam otak laki?? macam xcaya je...








Tuesday, July 14, 2009

sahabat....


berseronok perlu ada batasnya....





""Kita Tutup Dulu Pintu Masa Lalu Dan Masa Depan. kita Hidup Dan Fikirkan Hari Hari Ini Kerana Apa Yang Kita Lakukan Hari Ini Akan Menentukan Dan Mempengaruhi Hari Esok"""

Aku terjumpa petikan ni dari fs seseorang. Aku rasa tol apa yang yang disebutkan sebab kadang kadang manusia ni buat buat sesuatu benda tanpa fikirkan apa yang akan ditempuhi pada masa masa akan dating… apa yang kita lakukan hari ni akan nampak kesannya pada masa depan…

Contohnya, dalam persahabatan kita sendiri, jangan la sekali kali menyakiti hati dan perasaan kawan kawan rapat kita kerana selain dari keluarga kita kawan kawan la antara yg paling rapat… benda ni pernah terjadi dalam hidup aku sendiri. Aku tesilap menyakiti hati kawan aku.. dan sekarang…………………………………………………………………

“terlajak perahu boleh diundur, terlajak perbutan buruk padahnya”



Saturday, July 11, 2009

Michael Jackson punya hal....


Patutkah jenazah Michael Jackson ditempatkan dalam keranda emas ini???

Zaman kegemilangan Michael Jackson...

Alhamdulillah. Selaku sedara seIslam, kami bersyukur sebab akhirnya Michael Jackson akan dikebumikan secara Islam. Tapi sayangnya sebelum tu akan diadakan macam satu majlis penghargaan dengan jenazah Michael Jackson akan diraikan di satu pesta.

Kesian kami kat Michael Jackson. Bukan apa dah dekat seminggu tapi mayat tak tanam-tanam lagi. Mungkin itu harga yang dibayar bila anda menjadi seorang King Of Pop. Everyone wants a piece of you. Kesian kat mayat Michael Jackson yang terseksa.

Upacara pengkebumian Michael Jackson secara Islam hanya akan dihadiri oleh ahli-ahli keluarga dan rakan terapat sahaja. Tapi untuk upacara meraikan mayat Michael Jackson, khabarnya hampir 2.5 billion manusia akan tercongok depan TV untuk menonton secara live. Wow, memang satu angka yang besar gila!!!

Perasan tak kalau anda cuba cari info pasal funeral Michael Jackson kat Internet, tak ramai media Barat yang bagitau pasal nie. Bayangkan betapa besarnya impak kalau berjuta rakyat dunia nie tau dan dapat saksikan jenazah Michael Jackson disembahyangkan di kaca TV. Kiranya macam publisiti percuma untuk Islam.

Apa-apapun semoga roh Michael Jackson dirahmati di akhirat kelak. Wallahualam.

Friday, July 10, 2009

KEMATIAN




Setiap makhluk yang hidup pasti akan mati. Sesungguhnya kematian tetap akan menjemput insan untuk kembali kepada penciptaNya. Sekuat mana pun kita lari, sejauh mana pun kita cuba hindari, namun kematian akan tetap mengekori kita. Sampai waktunya dan ketikanya kita tetap akan pergi jua. Begitulah bagi kaum masyarakat Melayu, sama ada yang di kampung atau di pekan, langkah yang mula-mula sekali dilakukan oleh keluarga si mati ialah memberitahu kepada siak atau penjaga masjid kampung atau pekan itu supaya dituliskan di atas papan pemberi tahu masjid itu untuk pengetahuan orang-orang kampung tentang siapa yang mati, bila dan di mana dikebumi atau dikuburkan. Kemudian dihebohkan dengan mulut kepada kaum keluarga dan sahabat handai terdekat dan bagi sanak saudara yang tinggal jauh pula diberitahu melalui telefon atau telegram atau dengan surat . Adalah menjadi perkara mustahak untuk dihebohkan agar tidak ada sesiapa yang akan terkecil hati disebabkan tidak mengetahui akan kematian si mati.

Sekiranya si mati meninggal pada sebelah petang atau malam, biasanya waktu mengkebumikan mayat itu ditetapkan pada waktu tengah hari atau selewat-lewatnya pada waktu petang esoknya. Jika si mati meninggal pada waktu subuh atau pada waktu pagi maka masa mengkebumikannya akan dilakukan pada sebelah petang itu juga. Ini disebabkan kerana adalah menjadi tuntutan agama Islam supaya mayat itu dikebumikan dengan seberapa cepat yang mungkin. Pada sisi Islam adalah lebih afdal mayat dikebumikan di dalam tempoh enam jam selepas waktu hayatnya.

Mula-mula mayat itu diangkat daripada tempat ia meninggal dunia dan di-letakkan di tengah-tengah rumah di atas katil atau tilam beralas kain cadar yang bersih dan elok. Di atas mayat itu dipasang langit-langit daripada kain bagi menahan atau menyekat sebarang habuk atau kotoran daripada jatuh ke atas mayat itu. Kemudian kedua-dua tangan mayat itu dikiamkan ke dadanya dan mayat itu diselimut atau ditutup dari kepala litup hingga ke hujung kakinya dengan sehelai dua kain panjang. Menjadi adat masyarakat orang Melayu, sebuah kacip pinang akan diletakkan melintang di atas kain yang menutupi mayat itu, di tengah antara perut dengan dadanya. Tujuan ianya dibuat begitu, ialah kononnya untuk menegah mayat itu daripada dilangkah hantu atau syaitan. Di sebelah mayat itu diletakkan bara atau tempat perasap yang sentiasa berbara api dan dibakar di dalamnya sejenis serbuk harum. Apabila dibakar atau dipanggil oleh masyarakat Melayu "setanggi", atau kalau tidak setanggi maka dibakarlah serbuk kayu gaharu dan bakaran ini diadakan berterusan selagi mayat itu ada di dalam rumah. Bahkan ada yang meneruskan bakaran tepak bara dengan gaharu atau setanggi itu setiap siang dan malam selama tiga hari.

Sementara menunggu alat-alat kelengkapan mandi, kapan dan keranda mayat itu disiapkan yang akan mengambil masa beberapa jam lamanya, maka sesiapa daripada kaum keluarga dan sahabat handai si mati itu yang ingin melihatnya bolehlah bergilir-gilir masuk melihat mayat dengan hanya menyingkap kain tudung muka mayat itu. Setiap orang perlulah cermat dan hormat ketika melihat mayat. Menjadi adat, selagi mayat itu masih berada di dalam rumah hendaklah ahli-ahli pelawat yang datang berkumpul menziarah dan juga jiran-jiran di sekeliling rumah mayat itu tidak membuat hingar bingar dan berbual-bual perkara yang tidak senonoh. Ini adalah diadatkan oleh adat resam Melayu dan dikehendaki oleh syariat Islam sebagai tanda menghormati insan yang telah pergi buat selama-lamanya dan menganggap setiap mayat itu akan masuk syurga. Begitu jugalah dikehendaki ketika mengiringi mayat di sepanjang jalan mayat itu diangkat dan diiringkan ke kuburnya, di mana bacaan surah al-fatihah disedekahkan sebagai hadiah kepada roh si mati.

Apabila tiba masanya mayat itu dimandikan, mayat itu pun diangkat dan dibawa ke tempat yang disediakan untuk dimandikan oleh tukang mandi perempuan, jika mayat itu perempuan, atau oleh tukang mandi lelaki, jika mayat itu lelaki. Memandikan mayat itu dilakukan dengan tertib dan sehabis bersih. Selesai memandikan mayat itu, tubuh badannya dilumur serata-ratanya dengan dua jenis serbuk atau kapur barus dan cendana. Di celah-celah pelipat dan lain-lain tempat yang mustahak diselitkan dengan kapas, kemudian barulah mayat itu diangkat dan dibawa ke tengah atau ke serambi rumah itu untuk dikapankan iaitu dipakaikan kain dan seluar daripada kain putih yang tidak berjahit. Setelah itu, dibungkus atau disarung mayat itu dengan kain putih yang juga tidak berjahit. Kedua-dua jenis pakaian yang dipakaikan ke atas mayat itulah yang dipanggil atau dinamakan kapan mayat. Mayat yang telah dibungkus itu tadi dililit dan diikat dengan beberapa ikatan dari kaki hingga ke leher kecuali di bahagian kepalanya dibiarkan tidak berikat untuk sementara waktu. Ini bertujuan pada masa itu diadatkan kaum keluarga si mati itu dipanggil untuk menaburkan sejemput daripada serbuk cendana yang memang sediakan, disekeliling kepala mayat itu, sebagai isyarat atau tanda penghormatan terakhir kepada si mati. Setelah selesai adat menabur cendana itu barulah kepala mayat itu dibungkus dan diikat. Kemudian dimasukkan mayat itu ke dalam sebuah peti yang dipanggil keranda yang diperbuat daripada kayu yang ringan. Di bawah keranda itu lantainya diregang tutup dengan sebidang kain putih yang dilekatkan disekeliling papan keranda itu dengan pin-pin lekap. Setelah itu, keranda itu pun diangkat dan diletakkan di atas usungan dan ditutup keranda itu dengan beberapa lapis kain panjang yang elok-elok. Kain lapis pada atas sekali, biasanya diletakkan kain yang bertulis ayat-ayat Al-Quran. Kemudian barulah dipikul dan diusung oleh orang ramai dengan bergilir-gilir dan berjalan secara perlahan-lahan ke masjid yang berhampiran dengan tanah perkuburannya untuk disembahyangkan jika mayat itu tidak disembahyangkan di rumahnya.

Setibanya di masjid, diturunkan keranda itu daripada usungannya lalu dibawa masuk ke dalam masjid dan diletakkan berhadapan dengan mihrab masjid itu dan kemudian tampillah sekalian haji-haji, lebai-lebai dan juga orang yang mengiringi mayat itu tadi menyembahyangkan mayat itu. Selesai sembahyang mayat, biasanya diedarkan sedekah berupa wang atau benda contohnya seperti kain pelekat kepada mereka yang telah menyembahyangkan mayat itu tadi. Setelah itu, mayat itu pun dipikul kembali oleh beberapa orang untuk di bawa ke kubur yang telah siap sedia digali. Mayat dengan kerandanya itu pun dimasukkan ke dalam kubur itu. Sebelum ditimbus kubur itu, siak masjid atau sesiapa berkenaan akan turun ke dalam kubur membuka papan tutup keranda itu dan mengerengkan mayat itu serta dibukanya ikatan kapannya. Mayat itu disendal dengan kepal-kepal tanah yang kebanyakannya dikepal oleh keluarga si mati, dan setelah dibangkan di telinga mayat itu oleh siak maka barulah keranda itu ditutup dan kubur itu ditimbus dengan tanah.

Selesai kubur itu ditimbus, dipacakkan sebatang ranting pohon sebagai tanda untuk memacakkan batu nesan pada kemudian hari. Ada juga yang sudah sedia membawa dua batang batu nesan untuk dipacakkan pada masa itu juga. Siap sahaja kubur itu ditimbus, tampillah seorang haji, imam atau orang alim di tepi kubur itu dimana telah dibentang untuknya duduk sebidang di atas tikar sila atau tikar kecil. Di tepi kubur itu disediakan setalam bunga rampai atau pelbagai bunga changa dan disediakan juga satu atau dua balang air cendana. Di atas tikar sila itulah duduk tuan haji, lebai atau tuan alim membaca talkin dan bertahlil serta membaca doa untuk si mati itu. Ada juga dahulu, diadatkan orang yang membaca talkin itu dipayungkan walaupun hari tidak hujan atau cahaya matahari tidak memacar ke atasnya. Setelah selesai talkin, tahlil dan doa dibaca dan diaminkan oleh sekalian pengiring-pengiring mayat yang masih ditempat perkuburan itu, lalu air kedua-dua balang itu pun disiramkan ke atas kubur itu dari kepala sampai ke bahagian kakinya sehingga habis air di dalam balang itu. Kemudian bunga di dalam talam itu pun ditaburkan serata di atas kubur itu. Dengan demikian, selesaiah adat mengkebumikan mayat itu dan bersurailah sekalian yang hadir ditempat perkuburan itu. Ada juga yang sebelum bersurai, bertemu dan bersalaman dengan bapa atau waris si mati itu. Tok alim, tok imam atau tok lebai, pembaca talkin itu akan diberi bayaran wang sebanyak lebih kurang dua hingga lima ringgit, ada juga dihadiahkan tikar sila tempat dia duduk membaca talkin itu dan balang air yang telah dikosongkan. Selain itu, sesetengahnya menghadiahkan payung yang telah digunakan ketika memayungkan orang yang membaca talkin tadi.

Dari zaman-berzaman hingga ke sekarang ini telah dijadikan adat resam Melayu mengadakan kenduri arwah, pada hari-hari ketiga, ketujuh, keempat belas, keempat puluh dan keseratus kemudian selepas hari mati itu dan kadang kala setiap tahun mengadakan kenduri arwah sebagai tanda memperingati si mati sambil mensedekahkan doa-doa yang merupakan rezeki atau makanan mereka di hari akhirat.