Monday, September 26, 2011

bersantai sambil naik bas di perak....

perak roadway, blue omnibus, kinta, ni semua sebahagian bas yang beroperasi di ipoh..
kebanyakan bas yang beroperasi adalah bas yang betul2 old skool...
kadang2 memang dah layak buat tukun pun masih bekerja..

salah sebuah bas di perak

tapi aku seronok jugak naik bas2 yang macam ni sebab pemandu bas  tersebut memandu laju sehinggakan bila melalui bonggol penumpang pn boleh melambung.. haha..dorang pun xkisah kalu nk hantar penumpang ke mana pun walaupun dia tak lalu jalan tersebut asalkan penumpang lain x tak...


medan kidd

tapi dalam merentas arus kemodenan sekarang ni, aku rasa x patut la bas2 macam ni di benarkan operasi lagi,
ini sikit sebanyak akan menjejaskan industri pelancongan.. ini di sebabkan terdapat bas
yang beroperasi sangat kotor, selalu rosak, stesen bas pun terlalu daif..

kerajaan perak harus mengambil langkah produktif untuk memajukan salah satu nadi pengangkutan awam di perak. begitu juga stesen bas yang perlukan bangunan yang lebih teratur..

tapi PM cakap kalu naik bas bersantai sambil 
banyak perkara boleh dibincang

p/s bila PM nak naik teksi pulak????

Thursday, August 18, 2011

ozil vs villa

Perlawanan El Classico memang dramatik yang berkesudahan Real Madrid tewas tipis kepada Barcelona . Tetapi perlawanan dicemari dengan insiden pergaduhan di minit akhir apabila Fabregas a.k.a The Homesick Boy diterjah keras oleh Marcelo "alleycats"

Insiden itu juga telah menyebabkan Pinto (Barcelona), David Villa (Barcelona), Marcelo (Real Madrid), and Ozil (Real Madrid) kesemuanya dilayangkan kad MERAH.




ni apa yg en ozil cakap

"I was defending my religion,because David Villa 
insulting Islam!"- Mesut Ozil (101)

Thursday, July 28, 2011

Tahniah Pelakon Singapura......



Pertama sekali aku nk ucapkan tahniah untuk pasukan@pelakon bola sepak Singapura, sebab diorang menang dalam perlawan pusingan ke 2 kelayakan Piala Dunia 2014 di Bukit Jalil menentang Malaysia....

Aku tengok game td memang agak mendebarkan sebab defend Malaysia ni bermasalah, nasib baik ada keeper kita boleh tahan hebat... tapi apa yang menyakitkan hati, adalah sikap2 pemain2 singapura yang pandai berlakon mcm nk berebut anugerah pelakon lelaki terhebat dunia 2014..... sikit2 jatuh, nk bangun sendiri pn xboleh, yang budak keeper dia pn sama, buat2 sakit kepala.. kalu ikutkan hati aku memang je nak lompat turun ke padang pastu penyepak sekor2 pemain singapura... tapi nk buat macam mana, aku xdak kuasa.. hehhehe..

kat sini aku nak puji la fans team malaysia sebab sokong sepenuh hati sampaikan stadium Bukit Jalil yang besar 2 pun penuh sampai sesak, dorang semua memang berharap untuk tengok team Malaysia menang dan layak ke pusingan seterusnya.... tapi apa pun tahniah la kt team Malaysia, sebab kita x target pun tok sampai ke tahap ni..... kita cuba lagi di masa akan datang...


Friday, July 15, 2011

queen of clean...

sedikit gambar kenangan sewaktu PM Malaysia melawat UK semalam..


nampak muda lak Queen..

hensem bergaya PM Britain...

Saturday, May 7, 2011

kes buli pelajar cina SMK RAJA ABDULLAH

walaupun yang kena buli bkn sebangsa dengan aku
aku terpanggil gak tok komen ckit pasal kes buli ni
sebab perepmpuan ni pn manusia macam aku gak..

aku pelik dengan sikap pembuli2 yang melakukan macam2 
kat budak pompuan 2
dari apa yang aku tgk dari video 2
aku rasa budak pompuan 2 seorang yang agak lembab
so, selalunya orang yang macam ni
akan jadi mangsa buli xkira d sekolah mahupun d kawasan umah sendiri..


kesian aku tengok dia 2, 
sampakan xboleh nk pertahan diri sndr..
coba bayangkan perkara ni jd kt ahli keluarga sndr
apa yg pembuli 2 rasa..
hmmmmm...

apa pun pihak sekolah haruslah peka dengan kes2
sebegini.. jangan sampai ada kematian baru nk ambil tindakan...


Saturday, April 2, 2011

burger taqqqqqqqqqqqq...

semalam macam biasa, aku beli barang untuk berniaga,
tengah dok amik barang tiba2 brader kedai 2 cakap,
"dik, hari ni daging n ayam naik harga, pasni burger dik kena naik harga gak"
aduyai, xkn la aku nk nek harga kot, cian kt dak2 ni..
aku nk naikkan brp ek??

baru aku tau, dulu aku asyik bising kalu ada peniaga
naikkan harga makanan,
cekik darah la, amik kesempatan la..
tapi bila aku sndr dh terjun kt bidang niaga,
baru aku tau sepak terajang dia..
hmmmm, xpala
terpaksa la aku amik risiko..
esok mgkn kedai burger taq akan ada harga baru.. huhu..


harga lama burger aku.. murah kan..








tapi aku ada 1lagi masalah,
aku dh xdk pekerja. huhu.
pekerja yg plg aku harap dh resign sbb busy dgn stdy..
hmmmm, sapa mau kerja???

Saturday, March 26, 2011

Friday, March 25, 2011

xperlu kata apa apa..

senyum ckit, jangan tension2..


yeahhh, bagus..
keja elok2 pasni.........

Tuesday, March 22, 2011

salah sapa??


Jika kita lihat dari kiraan hari ini, sebenarnya bukan salah mahasiswa/i bila dia tidak lulus ujian,
Sebab bagaimana nak lulus, nak belajar pun dia tidak sempat…
Tahukah anda, setahun itu hanya terdapat 365 hari yang kita tahu sebagai tahun akademik … Mari kita kira!
Hari Minggu
52 hari dalam setahun. Anda pasti tahu bahawa hari minggu itu adalah hari istirehat. Baki tinggal 313 hari.
Hari Cuti Umum
Lebih kurang terdapat 30 hari cuti umum dalam setahun, misalnya tahun baru, hari raya, dsb… Baki tinggal 283 hari.

Cuti Semester
Semua pelajar akan bercuti dan tidak akan ada kuliah. Biasanya lebih kurang 2 bulan lebih, anggaplah lebih kurang 60 hari.
Baki tinggal 223.
Tidur yang paling baik adalah 8 jam sehari untuk kesihatan, jadi 120 hari digunakan untuk tidur. Baki tinggal 103 hari.
Beribadat
Paling tidak setengah jam sehari kita beribadah, kita anggarkan 8 hari dalam setahun. Baki tinggal 95 hari.
Bermain
Hal yang paling baik untuk kesegaran dan kesihatan adalah bermain. Paling tidak memerlukan 1 jam sehari. Digunakan lagi 15 hari. Baki hari tinggal 80.
Makan :
Sekurang-kurangnya selama satu hari kita habiskan sejam untuk makan atau minum,hilang lagi 15 hari. Baki tinggal 65 hari.
Berborak
Jangan lupakan, bahawa manusia adalah makhluk sosial yang memerlukan berinteraksi dengan orang lain. Kita ambil 1 jam sehari untuk berbual. 15 hari terpakai lagi. Baki tinggal 50 hari.
Sakit
Manusia memang kadangkala sakit, tak kira teruk atau pun tak. Paling tidak 5 hari dalam setahun dikira. Baki tinggal 45 hari.
Exam
Exam itu sendiri biasanya dilakukan selama 2 minggu persemester. Bererti, 24 hari sudah dikhaskan untuk exam.
Baki tinggal 21 hari.
Refreshing
Untuk menyegarkan fikiran, refreshing itu perlu. Tgk wayang dan jalan-jalan paling tidak dihabiskan 5 hari dalam setahun. Baki tinggal 16 hari.
Surfing Internet
Zaman sekarang ni mesti layan internet untuk mengetahui perkembangan isu semasa atau layan facebook atau paling tidak pun layan youjizz . Kira paling sedikit masa pun purata sejam sehari, kita memerlukan 15 hari setahun.
Jadi baki tinggal 1 hari.
Satu hari yang tinggal tu kan HARI JADI….!!! Mana boleh belajar!

Wednesday, March 9, 2011

sentuh anjing atau bukan mahram??

Bismillahirrahmanirrahim.....
LEMBU : Hai anjing, apa habaq? Macam ada yg tak kena je?
ANJING : Aku tengah tension nih. Mau je aku gigit manusia tadi.
LEMBU : Eh? kenapa
ANJING : aku lalu tepi dua orang manusia lelaki dan perempuan yg sedang berkepit. Tetiba si lelaki terperanjat dan terus melompat dan berkata “hoi anjing, pergi jauh-jauh, najis!
LEMBU : Ya, lah. Ko kan haram. Najis tahap berat bagi manusia. Biasalah tu.
ANJING : Kalau aku najis sekali pon, kalau dia tersentuh aku, boleh disamak. Yang dia sentuh dan raba-raba awek dia tu apa? Boleh ke nak samak dosa?
LEMBU : Betul tu. Memegang wanita yg bukan mahramnya tanpa ikatan yg sah, lebih dahsyat kenajisannya daripada memegang ko anjing, malah tak boleh suci sekalipun disamak.
ANJING : Wah.. ayat ko memang power la… manusia kena ubah pepatah “Pandai macam LEMBU”
Sedikit Penjelasan:
Daripada satu hadis yang diriwayatkan daripada ibnu Majah menyatakan bahawa
“Bergomolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahram”.
Bersentuhan (dengan sengaja & apatah lagi bertujuan syahwat) adalah berdosa dan wajib bertaubat (bagi membersihkan dosa). Sedangkan menyentuh anjing tidaklah berdosa dan hanya perlu disuci (bukan bertaubat). Menyentuh anjing bukanlah satu kesalahan (dosa) atau maksiat. Tetapi, menyentuh wanita bukan mahram adalah berdosa dan merupakan maksiat.
Di dalam satu riwayat hadis yang lain yang maksudnya,
“Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya. (Riwayat At Tabrani dan Baihaqi)”
“Katakanlah lagi (kepadanya): Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna”. (Surah Zumar: 9)



p/s: Ya Allah, ampunilah dosa ku sebelum ini, sesungguhnya aku manusia yg tidak terlepas dari membuat salah dan silap.. (aku berpesan kepada diriku dan juga sahabat2 ku)

Sunday, February 6, 2011

le tua de chemara


basikal generasi ke generasi


waktu balik kampung baru2 ni aku saja la punggah stor abah aku kt bengkel umah aku, tup tup jumpa basikal  racing yg lama abg aku.. perghh, memang rare basikal ni... kalu xclap basikal ni dh berusia hampir 20 tahun...dh byk bertukar tangan  basikal ni, dari sepupu aku, abg aku pas2 aku pn xingat sapa lak amik basikal ni... sampai sekarang dh xdk sapa yg amik peduli.. abah aku je yg dok amik repair setiap tahun.. thanz abah.. huhu...

tapi yang sonoknya time cuti baru2 ni, aku tiap2 pagi kayuh basikal ni ke pekan jeniang tok beli paper.. jarak umah aku ke pekan lebey kurang 2km lebey, dh la jalan berbukit, krem gak la kaki aku ni.. kalu x sebelum ni aku ke pekan nek moto o keta je tp kali ni aku kayuh lak, blh gak excercise.. huhuhu..

kalu aku blk kg lagi pasni aku nk repair seat dia lak, keras sgt.. sakit.. hehhe..

Thursday, January 27, 2011

salahkan doa ku??



aku selalu terfikir apa salah aku? kurangkah usaha aku? aku kurang beramal? entah la, aku mengaku sebgai manusia yg lemah aku mempunyai byk kelemahan.. tetapi jika nak d bandingkan dgn org yg kurang usaha, kurang beramal, aku rasa aku lebeih layak untuk dpat apa yg aku hajati... pelbagai usaha, pelbagai ikhtiar yg sudah aku lakukan tetapi hajat aku masih belom tercapai.. Ya Allah, apakah salah doa ku?? tunjukkanlah apa salah ku.. beri kan aku kesedaran... bersihkanlah hati ku, sucikanlah jiwa ku supaya doa2 aku di makbulkn oleh mu Ya Allah.... aku mengharapkan nikmat dari Mu....

Tetapi setelah di fikirkan sebenarnya kita terlupa bahawa Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Setiap kali kita mohon, merintih dan meminta kepada Allah, kita menangis mohon pertolongan dari Allah sebenarnya Allah sangat suka mendengar suara rintihan dan air mata kita.
Apa jadi jika setiap kali kita mohon dan doa kita terus dimakbulkan menjadikan kita berjaya…? Waktu itu kita sudah tidak bersungguh-sungguh dan sudah lupa untuk merintih kepada Allah.
Bagaimana dengan orang yang kufur mohon doa dan kita lihat mereka berjaya, hidup senang walaupun banyak buat kesalahan..? Mereka juga mohon doa dan pertolongan Tuhan.
Sebenarnya mereka ini jika cepat mendapat apa yang mereka doakan dan jadi senang kerana Allah benci mendengar suara dan rintihan mereka. Allah bagi peluang untuk mereka hidup bersenang lenang di dunia sebelum mereka di seksa selama-lamanya di akhirat.
Sebab itu kita patut bersyukur walaupun kita susah kerana bila kita susah, kita akan lagi mendekatkan diri kepada Allah. Sebab itu Rasullullah SAW sentiasa berlapar dan memilih hidup susah kerana baginda ingin lebih dekat dan mengingati Allah. Itu Rasulullah inikan pula kita.
Jika kita mohon doa pada Allah dan doa kita lambat atau tidak dimakbulkan, sebenarnya kita sudah mendapat kejayaan lain. Kejayaan yang kita tak nampak dan tak sedar. Kerana semua ini akan kita perolehi di kehidupan yang akan datang…kehidupan yang kekal abadi.
Buat diri aku dan teman-teman, jika kita dalam kesusahan dan kita mohon pertolongan dari Allah dan doa kita lambat dimakbulkan atau tidak, kita jangan risau dan jangan putus asa kerana Allah Maha Mengetahui dan Allah menyayangi kita.
Usaha untuk berjaya disamping hadapi masalah dengan tenang dan yakin hanya Kuasa Allah sahaja yang dapat membangkitkan kita untuk berjaya. Kejar kejayaan Akhirat, Dunia pasti akan menyusul.

p/s; aku menunggu saat doa ku di makbulkan.. aminnn

Friday, January 7, 2011

tok wan isytihar raya dh pencen..


rakyat malaysia mesti kenal dgn wajah d atas, mana tidaknya setiap kali hari raya haji atau puasa mesti umat islam ternanti2 kemunculan beliau dalam tivi.. heheh.. beliau adalah Engku Ibrahim, 79.... beliau telah bersara pada 7 hb januari 2011.. tempat beliau d ganti oleh Datuk Syed Danial Syed Ahmad.. aku pn xtau lagi macam mana gaya datuk syed ni, mntk2 la sempoi macam tan sri ngah ni gak.. hehe

imbau balik kenangan selama 22 tahun perkhidmatan tan sri ngah selaku penyimpan mohor besar raja raja.. aku ingat lagi waktu aku kecik2 dulu, waktu 2 bukan macam skarang ni kalu nk posa o raya dh tau awal2 lagi.. kalu dulu kena tepacak la dpan tivi mlm dorg tgk anak  bulan 2.. 
orang cakap kalu waktu mula2 tan sri cakap 2 muka dia nampak macam senyum 2 maknanya keesokan nya mesti raya kalu masam alamatnya kena la tungu sehari lagi.. hehe.. ntah betol ke x aku pn xtau ...

tapi apa pn aku ucapkan syabas kepada tan sri kerana perkhidmatannya kepada rakyat malaysia...
semoga penggantinya nnt adalah seorang bekarisma seperti tan sri jugak...

p/s; waktu kecik2 dulu aku panggil dia tok wan isytihar raya..